Jumaat, 1 Mei 2009

AKAUNTABILITI

ASSALAMMUA'LAIKUM WBT...
Beberapa hari lepas aku menghadiri satu kursus mengenai "AKAUNTABILITI"...walaupun tajuk kursus ini menjurus kepada keadaan kerja ku sekarang tetapi penceramah bijak dalam meluaskan konteks akauntabiliti dalam kehidupan kita...Aku percaya setiap antara kita mempunyai dan memikul tanggujawab tak kira sebagai hamba ALLAH,anak,ibubapa atau pekerja....Apa yang penting kita mesti tahu peranan dan mestilah melaksanakan tanggungjawab tersebut...lagi satu....mesti amanah dalam tugas dan tanggungjawab masing-masing....KEPERTANGGUNGJAWABAN sebenarnya amanah yang amat berat yang mesti dijaga....jika tidak mahu dipersoalkan diakhirat kelak maka cuba kita muhasabah diri adakah selama ini kita seoarang yang mempunyai akauntabiliti samada sebagai hamba ALLAH,anak,ibubapa dan pekerja...sejak dari hari tuh aku sentiasa berfikir adakah masyarakat kita sekarang ni masih mengamalkan AKAUNTABILITI dalam kehidupan seharian....sebenarnya tak perlu tengok dan perhati jauh cukup kita melihat dalam diri kita sendiri...tepuk dada tanya lah iman masing-masing...sebab bagi aku kita semua sudah cukup dewasa dalam menilai baik dan buruk sesuatu dan kesan dalam hidup masing-masing....last but not least, hopefully all of us have an "ACCOUNTABILITY" in our life and remember ISLAM is way of our life....wallahuallam....

Tiada ulasan: