Sabtu, 16 Mei 2009

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

Selamat hari guru untuk sahabat2 ku yang menjadi pendidik, guru2 ku yang tersayang yang mencurahkan ilmu untuk kami dan semua mereka yang bergelar pendidik....."Guru Pembina Negara Bangsa"

4 ulasan:

Adigun berkata...

Salam hormat untuk semua guru-guru,ustaz-ustazah,muallim dan muallimah,tok2 guru yang tak kenal penat lelah nak lahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia,Tabik spring tak henti2 selama 7hari hari untuk semua sahabat2 aku yang jadi pendidik..kau orang mmg hebat..

Ummi Sue berkata...

waaaa aku pun nak jadi pendidik...sedey bile ade bekas murid wish slamat hai guru cikgu walaupun tk jd cikgu lagu....

babaNu'aim berkata...

PELIHARAKAN KAKI SEMASA BERJALAN,
PELIHARAKAN LIDAH SEMASA BERKATA;
SABDA NABI DIJADIKAN PANDUAN,
TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE CHINA.

BELAYAR BERNAKHODA,
BERJALAN DENGAN YANG TAHU;
KETIKA ILMU DITIMBA,
BIARLAH KITA BERGURU.

TERATAI MELATI MELUR DAN MAWAR,
BUNGA-BUNGAAN HARUM DAN WANGI;
GURU LAKSANA PELITA PELAJAR,
PENYULUH KEGELAPAN PENERANG HATI.

DI MANA ADA KEMAHUAN,
DI SITU ADA JALAN;
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN,
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN..

Ummi Sue berkata...

emm betul tuh baba....emm teriam kasih guru2 ku....rindu ngan cikgu ruzrita kat sma alkhairiah...heheh..wah sejak bila baba pandai bersajak ni...kagum222...