Sabtu, 16 Mei 2009

KEHIDUPAN DAN KEMATIAN

"Bila izrail datang memanggil jasad terbujur dipembaringan,seluruh tubuh akan menggigil sekujur badan nan kedinginan".......emm ni laah antara lirik nasyid waktu sekolah2 dulu selalu kita dengar sampai sekarang ni...setiap hari kita akan mendengar berita kematian samada insan2 yang meninggalkan kita itu adalah orang yang kita sayang ataupun kita tak pernah tahu siapakan insan itu...yang pasti setiap yang hidup di dunia ni akan menemui saat kematian...cuma kite tidak tahu bilakah saat itu akan tiba....dan bila saat itu tiba ianya tidak akan terlewat atau cepat walaupun sesaat....dan itulah janji Allah pada HambaNya....dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya memastikan amalan kita di dunia ini menjadi bekalan di akhirat kelak...kenapa aku membangkitkan mengenai hal hidup n mati ini...aku mendapat message daripada Rohayu Gatni yg bapa mertuanya meninggal dunia pagi tadi...takziah untuk ayu...dan beberapa hari lepas pula saudaraku meninggal...innalillahiwainnailahirraiji'un.....jadi aku mula terfikir dapatkah aku menghadapi saat2 kematian org2 yg aku sayangi...ataupun adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi saat2 kematianku sendiri....emm...aku mula muhasabah diri...cukup sudahkah amalanku didunia ini...bersediakah aku untuk menghadapi munkar dan nankir dan dapatkah aku menjawab segala soalan2 nanti....emm tegak bulu romaku bila memikirkan itu semua....sebenarnya bila kite berhadapan dengan kematian orang lain hendaklah kita mengambil iktibar darinya...bukan ratap tangis yang tidak berpenghujung....sedekahkan al-fatihah dan ayat2 suci al-quran itu lebih baik daripada kita meratapi kematian.....sahabat2 semua diharapkan kita akan menjadi hambaNya yang soleh dan solehah...dengan ilmu yang kita ada semestinya kita amalkan...jangan lah jadi pokok yang tidak berbuah....ini peringatan untuk diriku dan juga sahabat2 yang aku sayangi...dan yang paling penting sahabat-sahabat semua INGAT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA..
1. Sihat sebelum Sakit
2. Muda sebelum Tua
3. Kaya sebelum Miskin
4. Lapang sebelum Sempit
5. Hidup sebelum Mati

Al-Fatihah untuk sahabat kami yang telah kembali ke rahmatullah,ibubapa kami,guru2 kami dan saudara seislam kami...semoga mereka ditempatkan bersama2 dgn org2 yg beriman dan soleh.....amiiinnn...

4 ulasan:

Adigun berkata...

Al-Fatihah...segala puji untuk Maha Pencipta yang menghidup dan mematikan..tak pernah kurang walau sesaat apa juga ketentuan Allah..terima kasih atas ingatan..

Ummi Sue berkata...

demi masa.sesungguhnya manusia itu benar2 dlm kerugiaan.kecuali org2 yg beriman n beramak soleh n nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dlm kesabaran(al-asr 1-3)

Tanpa Nama berkata...

Insafilah setiap berita kematian yang kita terima..Mereka pergi dengan cara yang telah ditetapkan untuk mereka pergi..Tetapi, bagaimanakah pula dengan kita di saat hendak pergi mengadap Rabbul Izzati nanti? Adakah semudah berita yang kite terima? atau setragis insan y pergi dalam kemalangan? Dgn anggota terputus, hangus terbakar dan sebagainya..Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan terima hambanya dalam keadaan hambanya y penuh bergelumang dengan dosa..Sentiasa beristighfar kerana sesungguhnya itulah sekecil-kecil taubat(penyuci hati n jiwa)..babaNu'aim

Ummi Sue berkata...

emm betul baba...Ya allah aku takut untuk kenerakamu...tapi adakah aku layak untuk syurgamu...ya Allah terima lah taubatku hambaMU yang lemah dan hina ini...amiiinnn...