Isnin, 13 Julai 2009

PASANGAN DEGIL

Assalammua'laikum wbt....

Apa kabar semua sahabat2 semua...kali ni aku nak share sesuatu yang bagi aku agak menarik la..disebabkan aku rasa kebanyakan dari sahabat2 dah berkeluarga so aku rasa nak share sedikit info yang boleh rasanya diamalkan...aku dapat tip-tip ni masa aku dengar semanis kurma yang dihostkan oleh Ustazah norbahyah dan suaminya ustaz wan nor akashah...topik malam tuh 'Pasangan Degil"...sedikit dari kata-katanya...
"sama ada suami atau isteri ada sifat degilnya.Tapi masing-masing ada waktunya perlu untuk mengalah daripada sifat degil itu demi sebuah keharmoniaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga..dan masing-masing boleh mencari jalan untuk berdamai..dan dalam mendidik pasangan pula mestilah berpandukan wahyu jangan ikut suka je...sebab sebagai muslim kita mestilah berpandukan al-quran dan sunnah....sebab kadang-kadang dengan sifat degil ni akan membawa keburukan..kerana masing-masing tetap dengan pendirian dan ego masing-masing..tak salah untuk mengalah demi sebuah kebaikan..dan kita mengalah bukan kerana kita kalah tapi itu menunjukkan kita adalah seorang yang berhemah tinggi dan seorang yang bertolak ansur..."...dalam topik ni pun ada la diberi beberapa tips sekiranya kita hendak memperbaiki keadaan dan membina suasana harmoni dalam rumahtangga..antaranya:
1. Sentiasa melihat kebaikan pasangan
2. Apabila melihat kebaikan pasangan puji dan hargai pasangan
3. Apabila ada amalan buruk muhasabah diri bersama pasangan

Ustazah bahyah juga ada bagi kombinasi doa dalam mengawal perasaan marah,degil dan melembutkan hati insan yang kita sayang..
kombinasi 4 doa:
1.mula-mula baca surah al-fatihah
2.Baca surah al-hasyr ayat 21
3.Baca surah taha ayat 1-5 (ayat ini pernah dibaca oleh saidian umar yang kita tahu sifat degilnya tetapi selepas beliau membaca doa ini hatinya menjadi lembut)
4.Doa nabi daud..dalam bahasa melayunya : "ya Allah lembutkanalah hati_______________(nama orang yang kita nak doakan)sepertimana Kau melembutkan besi Nabi Daud.

Ibu-ibu yang mengandung elok baca doa ini sambil dipegang perutnya..dan untuk anak-anak kita hembuskan ke ubun-ubunnya semasa sedang tidur...untuk suami atau isteri hembus ke tengkuknya semasa sedang tidur.....

aku harap dengan sedikit ilmu yang dikongsikan ni bleh diamalkan..dan jika korang ade tips2 lain yang hendak dikongsikan boleh lah komen atau emel je kat generasi6@gmail.com....sekian..wassalam...

Tiada ulasan: