Ahad, 26 Julai 2009

MEETING DI TAMAN WARISAN PUTRAJAYA




Selepas reunion lepas ahlijawatankuasa ade buat meeting kat dataran putrajaya..banyak yang telah dibincangkan untuk kelab dan ahli kelab..masa tuh 2 orang ajk je tak dapat hadir....demi merealisasikan impian dan matlamat kelab...maaf ye ada gambar ajak tak dapat disiarkan...hehehe
Meeting kali ni kami berjumpa di Taman Warisan Putrajaya....emm...kali ni agak ramai juga AJK yang tidak dapat hadir dengan alasan yang boleh diterima...hehehe...takpe2...meeting tetap diteruskan dengan membincangkan aktiviti,penubuhan kelab yuran,logo kelab dll...semuanya ok dan projek terbaru adalah majlis berbuka puasa ramadhan ini...harap2 para sahabat akan hadir...

meeting ke makan tu....sambil berbincang makan le beb...erkkkk..alhamdulillah...

setiausaha yang amat berdedikasi dan bendahari yang sentiasa berfikir mana nak cari sponsor ni.....nak tambah dana...ehheheheh...makan makan juga otak berfikir sekali ni..mencari idea dan buah fikiran,,hheheh...cayok2...

ni lah AJK yang sangat2 memberi komitmen datang dari jauh..syukran epen demi kelab kita ko sanggup datang dari jauh..cayalah..emm lapo nampaknya pengerusi kita ni...ok tak pengerusi hari ni..semestinya ok..datang juga pengerusi walaupun kerja..lepas lerja terus je dtg berjumpa dengan ank2 buah...dan anak2 buah setia menanti dalam kekenyangan...heheheh...

perbincangan hampir selesai..perut pun dah kenyang..terima kasih kepada pengerusi,epen n ipin yang belanja kami...heheheh...sebagai penyeri ataupun bunga2 dalam AJK ni kami rasa beruntung sangat sebab setiap kali meeting ade yang belanja..semoga murah rezeki korang...hehehe...meeting habis dalam pukul 6.30 petang...harap incoming projek berjalan dengan lancar...walaupun ari ni amat la ramainya di Taman Warisan Pertaniaan ni sebab ada pesta makan buah tapi takpe..seronok gak tengok gelagat orang ramai2 ni..pelancong pun ada..lupa plak tadi kami berjumpa dengan ustaz sufian maidin..korang ingat tak...so kami suruh hamdi n epen pegi la tegur dan jupe ustaz sufian..masih seperti dulu juga kecil comel...anak2 murid je makin membesar..tak gitu epen...hehehe..jangan marah...apapun terima kasih kepada semua ahlijawantankuasa yang hadir pada setiap kali meeting...komitmen dan kerjasama korang amat kami hargai....apa motto kita..."BERSAMA SELAMANYA"...nantikan logo untuk kelab kita ye....luv uols...

Rabu, 15 Julai 2009

GURU OH GURU


NI GAMBAR TENAGA PENGAJAR KITA NI...GURU2 YANG TERCINTA..AKU AMIK DARI SENIOR KITE..HEHHE...RINDU NGAN MEREKA NI SEMUA....DIDOAKAN SEMOGA SEMUA GURU2 KAMI NI DIBERKATI OLEH ALLAH SWT DAN BERBAHAGIA WALAU DIMANA MEREKA BERADA...TERLALU BANYAK ILMU YANG DICURAHKAN SEHINGGA RAMAI ANAK MURIDMU YANG BERJAYA...LOVE U ALL MY TEACHERS...

Isnin, 13 Julai 2009

PASANGAN DEGIL

Assalammua'laikum wbt....

Apa kabar semua sahabat2 semua...kali ni aku nak share sesuatu yang bagi aku agak menarik la..disebabkan aku rasa kebanyakan dari sahabat2 dah berkeluarga so aku rasa nak share sedikit info yang boleh rasanya diamalkan...aku dapat tip-tip ni masa aku dengar semanis kurma yang dihostkan oleh Ustazah norbahyah dan suaminya ustaz wan nor akashah...topik malam tuh 'Pasangan Degil"...sedikit dari kata-katanya...
"sama ada suami atau isteri ada sifat degilnya.Tapi masing-masing ada waktunya perlu untuk mengalah daripada sifat degil itu demi sebuah keharmoniaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga..dan masing-masing boleh mencari jalan untuk berdamai..dan dalam mendidik pasangan pula mestilah berpandukan wahyu jangan ikut suka je...sebab sebagai muslim kita mestilah berpandukan al-quran dan sunnah....sebab kadang-kadang dengan sifat degil ni akan membawa keburukan..kerana masing-masing tetap dengan pendirian dan ego masing-masing..tak salah untuk mengalah demi sebuah kebaikan..dan kita mengalah bukan kerana kita kalah tapi itu menunjukkan kita adalah seorang yang berhemah tinggi dan seorang yang bertolak ansur..."...dalam topik ni pun ada la diberi beberapa tips sekiranya kita hendak memperbaiki keadaan dan membina suasana harmoni dalam rumahtangga..antaranya:
1. Sentiasa melihat kebaikan pasangan
2. Apabila melihat kebaikan pasangan puji dan hargai pasangan
3. Apabila ada amalan buruk muhasabah diri bersama pasangan

Ustazah bahyah juga ada bagi kombinasi doa dalam mengawal perasaan marah,degil dan melembutkan hati insan yang kita sayang..
kombinasi 4 doa:
1.mula-mula baca surah al-fatihah
2.Baca surah al-hasyr ayat 21
3.Baca surah taha ayat 1-5 (ayat ini pernah dibaca oleh saidian umar yang kita tahu sifat degilnya tetapi selepas beliau membaca doa ini hatinya menjadi lembut)
4.Doa nabi daud..dalam bahasa melayunya : "ya Allah lembutkanalah hati_______________(nama orang yang kita nak doakan)sepertimana Kau melembutkan besi Nabi Daud.

Ibu-ibu yang mengandung elok baca doa ini sambil dipegang perutnya..dan untuk anak-anak kita hembuskan ke ubun-ubunnya semasa sedang tidur...untuk suami atau isteri hembus ke tengkuknya semasa sedang tidur.....

aku harap dengan sedikit ilmu yang dikongsikan ni bleh diamalkan..dan jika korang ade tips2 lain yang hendak dikongsikan boleh lah komen atau emel je kat generasi6@gmail.com....sekian..wassalam...

Isnin, 6 Julai 2009

ASSALAMMUA'LAIKUM WBT....

SALAM.....
Apa kabar sahabat semua...diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu....saya minta maaf sebab sejak kebelakangan ini amat sedikit waktu untuk diluangkan dalam blog ni..akibat dari kekangan masa dan kesibukan daripada tugas hakiki dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan..jadi blog pun dah lama tak update...maaf le sesangat ek...chatbox kite pun dah tak ramai pengunjung...mungkin masing2 sibuk..sedey juga bila tengok blog ni suram je...
Jadi para sahabat saya ingin meminta sedikit pertolongan...saya yakiin ramai dikalangan sahabat2 semua berbakat...jadi sesiapa yang ada idea,pendapat dan apa2 sahajalah boleh bagi tau saya akan saya masukkan dalam blog ni...contohnya sahabat2 ade artikel,pandangan hasil dari idea sndiri atau apa2 yang bermanfaat ke boleh beri kat saya ataupun emel ke
generasi6@gmail.com..... boleh yer sahabat2 ku yang tersayang...bersama2 kita membuat perubahan yer...sekian salam sayang dariku untuk sahabat2 semua.....