Khamis, 17 Mei 2012

Selamat Hari Guru

Setiap tahun kita akan sambut hari guru sebagai mengenang jasa dan bakti guru dalam mencurahkan ilmu kepada kita semua..SELAMAT HARI GURU buat semua pendidik,guru2,pensyarah,ustaz ustazah dan seumpamanya...Kepada mereka yang menyebarkan ilmu,mencurahkan segala pengetahuan kepada anak didik tanpa jemu,melayan kerenah anak didik samada yg degil,nakal,baik...apapun caranya niat di hati seorang guru itu adalah melihat kejayaan anak2 didiknya...walaupaun kadang kala tiada ucapan terima kasih daripada anak didiknya tapi hatinya akan puas dan tersenyum bangga dengan melihat kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh anak didiknya...

Terima kasih cikgu atas jasa baktimu...jasa dan budimu akan dikenang dunia akhirat..ramai anak2 muridmu telah berjaya..dan  alfatihah serta doa kudus kami kirimkan kepada guru2 kami yang telah kembali ke rahmatullah..ilmu yg diberikan akan berpanjangan selamanya..

Guru Oh Guru
SN Dato' Usman Awang

GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979










2 ulasan:

khusairyessentials berkata...

Kenapa dah lama blog ini tak di update. Mohon admin aktifkan semula blog ini. Terima kasih

khusairyessentials berkata...

Saya amat gembira jika ia diaktifkan kembali