Isnin, 14 Jun 2010
Kedatangan Bulan Rejab>>Hayati kelebihan2 di bulan Rejab
FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:
Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
byk lagi kelebihan bulan2 rejab insyaAllah dpt kita kongsikan sama....maassalamah...
Sabtu, 27 Februari 2010
MAULIDURRASUL 12 Rabiul Awal 1431 hijrah
Apa khabar semua sahabat2..dah lama tak jenguk ke blog yang semakin sunyi ni...Aktiviti untuk 2010 ni pun masih belum terlaksana...Jadi untuk pembuka bicara tahun 2010 dengan sambutan Maulidurrasul 2010....Tahun ini sambutan Maulidurrasul jatuh pada hari Jumaat..Alhamdulillah...Sebagai ummatnya seharusnya kita memperingati akan tarikh ini...12 Rabiulawal.....inilah detik bersejarah kelahiran Nabi Muhammad saw dilahirkan..Dimana kelahirannya ke dunia ini membawa perubahan yang besar dalam hidup sekalian ummat manusia...Kelahiran yang membawa cahaya dan seribu keberkatan...Islam diperluaskan dan menjadi agama yang amat mulia didunia ini...Al-quran dan Sunnah yang menjadi ikutan umat Islam hingga ke hari ini... Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.Semasa hayatnya terlalu banyak carabaran dan halangan dalam memperjuangkan dan memperkembangkan Islam...dgn itu seharusnya kita sebagai umatnya seharusnya kita mengambil iktibar dan contoh dalam menjalani kehidupan kita yang penuh dengan cabaran dan dugaan di dunia yang fana ini...Sesungguhnya ya RASULULLAH kami merinduimu....berilah kami syafaatmu....
Tercipta satu lembaran sejarahDi tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Jumaat, 15 Januari 2010
Jom..Kita Aktifkan Blog 2010
Ahad, 6 Disember 2009
Gathering EXSAMSMEL-22 November 2009
exsamsmel....jgn tak tak caya dari first batch until currently...walaupun tak semua yang hadir..our tema black n red...memang sporting....Dah lama aku tk update blog ni....ini adalah sedikit cerita drpd Majlis Gathering EXSAMSMEL yg diadakan pada 22 November 2009(Ahad) bertempat di Restoran Black N White di Nilai...Sambutan menggalakkan..dan amat meriah dari first batch hinggalah ke junior....untuk pengetahuan para sahabat semua alumni untuk exsamsmel telah didaftarkan di ROS sejak lama dulu...untuk menyingkap sejarah dulu senior2 kta bergerak aktif dan membuat gathering,AGM...tp atas2 sebab2 yang tk dapat dielakkan....masalah2 yg timbul alumni kita senyap seketika....bila masing2 berkeluarga dengan kerjaya dam macam2 lagi so alumni seperti direhatkan seketika....tapi pertemuan di facebook antara sebahagian exsamsmel seakan memberikan aura untuk bertaut semula...ukhuwah antara kita....dengan cadangan salah seorang senior kita KAK HASMERA(owner of the black nwhite restaurant) kepada saya untuk mengadakan pertemuan saya terus bersetuju...saya bersetuju untuk memberi pertolongan seadanya dalam menjayakan pertemuan ini....kiranya seperti perancangan yang secara tiba2..mendadak..huhuh..kami membuat perancangan dalam masa sebulan untuk pertemuan ini...dibantu dengan beberapa lagi rakan2 seperjuangan daripada samsmel...antaranya abg azwan,abg aminuddin,kak hasmera,abg ariffin,kak nora(kire org kuat tuk this gathering..terima kasih ye abg2 dan kakak)....tak sangka walaupun dah berbelas2 tahun tak jumpa tapi kemesraan antara warga samsmel masih seperti dulu....dan kami amat gembira dengan kehadiran para2 cikgu yg hadir dan abg hafis selaku kerani yg telah lama berkhidmat....apapun diharapkan selepas ni ramai lagi warga samsmel akan menghadirkan diri dan khususnya untuk our batch dapat melibatkan diri..agak menyedihkan juga hanya 4 orang yg datang mewakili batch kite..sedey woooo..sedangkan kita juga aktif dalam alumni kita sendiri.....apapun kenangan yang amat terindah....tidak kira siapa kita dimana kita jangan lupa akarnya....SAMSMEL tetap dihati......:)
p/s>>>nk tgk gbr2 yg lain lagi banyak go to my facebook okes.....:)
Isnin, 9 November 2009
GATHERING UNTUK SEMUA EXSAMSMEL
Ahad, 1 November 2009
Pertama kali....
Ini adalah lencana yg digunapakai sekarang di SAMSMEL...yang mereka lencana ni pula member kita yg dah lama tk dengar kaba berita...safaruddin....time ni pun aku dh keluar sekolah dah...tahu 1997 ek..tak pasti la pulak....bangga juga bila bakat yang tk disangka2 dari sahabat ni...now ade yg pakar it..pakar psikologi..pakar agama dan bermacam2 pakar lagi...pakar bedah je tk dengar lagi.....apapun tetap berbangga dgn kejayaan sahabat2 sekarang...actuallty new projek dengan batch yang lain..ni semua akibat dan kesan pertemuan semula di facebook..ramai jumpa sahabat2 lama dan juga senior2 dan junior2 dari samsmel...seronok gak...dh bertahun tak jupe tetiba jumpa semula..tuh yg best tuh...so what the new project????ok macam ni....kami dah berdiskusi dengan senior2 dan junior2 untuk membuat satu gathering for all batch from SAMSMEL..so sesape yg nk join bg tau ok...tarikhnya pada 22 november 2009....tempat di Restoran Black n White di Nilai Square nilai..sure korang tahu tempat nih....lagi satu restoran ni dimiliki oleh senior kita kak hasmera...so lagi senang cerita..pembayaran pun berpatutan RM15 perhead...kanak2 free of charge....berbaloi2...so apa2 perubahan akan diberitahu kelak....seronok juga bila nk buat gahthering ni..we will make it happen....just wait...hopefully sahabat2 dapat join ok..selain kita merapat ukhuwah antara batch kita tapi tak salah rasanya kita merapatkan semula jurang antara senior2 n junior2 SAMSMEL...insyaAllah...
Isnin, 12 Oktober 2009
MAJLIS HARI RAYA EIDULFITRI
Rabu, 7 Oktober 2009
MAJLIS HARI RAYA
APA KABA PARA SAHABAT SEMUA...
SEMPENA SYAWAL YANG MULIA INI KELAB KITA AKAN MENGADAKAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI @ RUMAH TERBUKA UNTUK AHLI KELAB.DIJEMPUT KEPADA SEMUA PARA SAHABAT KE MAJLIS INI BAGI MEMERIAHKAN LAGI SUASANA DIHARI RAYA....JANGAN LUPA BAWA KAUM KELUARGA JUGA...AGAR DAPAT MERAPATKAN LAGI UKHUWAH ANTARA KITA SEMUA..INSYAALLAH...MAJLIS AKAN DIADAKAN AKAN DIADAKAN DIRUMAH SURHAYATI ARIFFIN :
TARIKH : 11 OKTOBER 2009
TEMPAT : KAMPUNG CEMPERAI ,BATU 31 JLN BANTING,43800 DENGKIL
MASA : BERMULA JAM 2 PETANG
JIKA SESAT ATAU TAK TAHU RUMAH SILA HUBUNGI 012-6873419/03-87687985 (SURHAYATI)....JANGAN LUPA YER...
Isnin, 28 September 2009
BERAYA DI RUMAH KAWAN2..WAKIL KELAB...HUHU..
suraya: sabo2 ean..syidah kata banyak lagi kat dapo tu ko jgn risau
Rabu, 16 September 2009
AIDILFITRI YANG DINANTI DAN DIRAI...
Ramadhan beberapa hari sahaja lagi akan meninggalkan kita..diharapkan kita berjumpa lagi ramadhan tahun hadapan..insyaAllah...dan tidak lama lagi Aidilfitri pula yang akan dirai menandakan kemenangan umat Islam dalam melakukan ibadah berpuasa...tentu ramai yg akan balik ke kampung masing2 atau pun ke kampung mertua..tak kira la dimana pun kita beraya yang penting kita semua gembira dan seronok untuk menyambut Ailfitri...tp jangan sampai kita lupa pada yang tiada dan kepada mereka yang tidak semeriah dan seindah kita....jadi ingatlah wahai teman2 bershopping tu ala kadar je la kan...jangan sampai membazir pula....berhati2 memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..
Sempena Aidilfitri yang akan hadir ini kami AhliJawatankuasa Kelab Alumni Samsmel6 mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MOHON MAAF KEPADA SEMUA SAHABAT2 YANG TERSAYANG MAAF ZAHIR BATIN...semoga bergembira di lebaran ini dan jangan lupa sahabat kelab kita akan mengadakan satu majlis raya..so be alert for the information...didoakan semoga sahabat2 akan bergembira dihari raya ini...salam ukhuwah fillah dari kami.....
Sabtu, 5 September 2009
Majlis Berbuka Puasa 05/09/09
ape yang korang gossipkan tuh...
saki baki makanan yang ada sambil diperhatikan
tuan kedai pakcik gatni,,......
anyok isteri n anakfamilies together...
dah time buka...emm..tk sabo ni....bismillahirrahmanirrahim...(tukang baca doa ustaz anyok..heheh)
(antara yg terawal dtg..zamani n family)
anyok:haus ni..mau seteko habis aku minum kang.. arif: sabo nyok sabo..








