Isnin, 17 Ogos 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

ASSALAMMUA'LAIKUM WBT PARA SAHABAT YANG TERSAYANG:)

Sempena bulan ramadhan ini Kelab Alumni SAMSMEL6 akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa.Diharapkan para sahabat dapat menghadirkan diri dalam majlis ini bagi mengeratkan hubungan ukhuwahfillah antara kita;

Tarikh : 5 september 2009
Masa : 6.00 petang
Tempat : Restoran Idaman Taman Timah Dengkil
Bayaran : RM15 per head (knk2 7 thn kebawan FOC.Kanak2 7 thn keatas RM7.50)

Sila hubungi saudari surhayati ariffin 012-6873419 atau saudari rohayu gatni 012-3466390 atau saudara johari 017-8736656 dan nur irwan 019-3425499 untuk maklumat lanjut dan pengesahan kehadiran sebelum 1 September 2009.Pembayaran boleh di masukkan terus kedalam akaun Rohayu Gatni Akaun Maybank 114012230071, emel kan ke afai_esya@hotmail.com.

marilah kita semua memeriahkan majlis berbuka puasa ini...sekian terima kasih...

Rabu, 12 Ogos 2009

KETERANGAN LOGO KELAB...



Bentuk Hati dan Genggaman Tangan : Ahli-ahli kelab sentiasa bersatu hati dan bekerjasama dalam apa jua yang hendak dilakuka dalam mencapai objektif dan matlamat kelab. Antara ahli juga sentiasa ada sikap tolong menolong antara satu sama lain. Nilai kasih sayang antara ahli sentiasa diterapkan dan disuburkan. Setiap ahli juga mestilah mempunyai hati yang ikhlas dalam memberikan komitmen untuk kelab.Bersatu teguh bercerai jangan ada dalam hati setiap ahli.Sentiasa teguh dan utuh ikatan persahabatan yang dijalinkan.

~BERSAMA SELAMANYA : merupakan motto Kelab Alumni SAMSMEL6 93/97 yang memberi maksud ahli-ahli akan sentiasa bersama sejak dulu hingga kini dan sentiasa bersama dalam apa juga keadaan.

~Nombor 6 : Menunjukkan kami adalah generasi keenam dari SAMSMEL

~Ukhuwah Fillah : Hubungan yang dijalinkan kerana Allah swt dan kekal dunia akhirat

~SAMSMEL : Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar

~Warna Biru : Merupakan nilai persahabatan dan setiakawan antara ahli

~Warna Hijau : Walau apapun yang dilakukan tidak lari dari paksi sebagai seorang muslim

~Warna Merah : Berani dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan

~Warna Putih : Suci dan bersih dari segala sifat-sifat mazmumah


Selasa, 11 Ogos 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK

SALAM...

APA KABAR SAHABAT SEMUA?DAH LAMA TK DENGAR KABA BERITA...SEJAK2 LEPAS REUNION NI..MASING2 MENYEPI DIRI..FAHAM DENGAN KESIBUKAN PARA SAHABAT(DIRIKU JUGA) JADI DIKESEMPATAN YG SEDIKIT NI SEKADAR INGIN TAHU APAKAH PERSIAPAN RAMADHAN YANG AKAN DATANG NI..LEBIH KURANG DALAM 9 HARI JE LAGI KITA AKAN SAMBUT RAMADHAN AL-KARIM..SELALUNYA KITA AKAN TANYA PERSIAPAN RAYA KAN..KDG2 PUASA BELUM TAPI PERSIAPAN RAYA DAH BUAT...EMMM..EXCITED LEBIH LA TUH..TAKPUN SEKADAR INGIN BUAT PERSIAPAN AWAL KERANA TAK MAHU KELAM KABUT KAN...APAPUN ELAKKAN PEMBAZIRAN OK...BERBALIK KEPADA RAMADHAN YANG AKAN DTG NI DIHARAPKAN SAHABAT2 SEMUA SUDAH BERSEDIA UNTUK SAMA2 KITA MENGHAYATI RAMADHAN NI..REBUTLAH PELUANG YANG ADA...TAMBAHKAN AMAL IBADAH..MANA2 YANG BELUM GANTI PUASA TU MASIH SEMPAT NAK GANTI...DAN MASIH ADA MASA LAGI UNTUK KITA PUASA SUNAT SYAABAN NI...DAN MANA2 YANG LUPA MANA AL-QURAN DI SIMPAN CARI LAH YEK..EHHEHE..BANYAK AMAL IBADAH YANG KITA LEH BUAT MASA RAMADHAN NANTI..TADARRUS AL-QURAN,TERAWIH(RUGI SAPE YG TAK BUAT,DALAM SETAHUN HANYA 30 HARI JER KITE BERKESEMPATAN UNTUK MENUNAIKANNYA),QIAMMULAIL,ZIKIR DAN BANYAK LAGI..DAN SEELOK-ELOKNYA AMALAN INI HENDAKLAH DITERUSKAN JUGA SELEPAS RAMADHAN..RAMDAHAN JUGA NAK REHAT KAN PERUT KITA YG DI ASAK DENGAN SEGALA JENIS MAKANAN...MEMBERIKAN PERASAAN YANG SAMA KEPADA MEREKA YG SUSAH...KALAU NK CERITA BAB RAMADHAN NI MEMANG BANYAK..SO NANTI KITA SAMBUNG LAGI DI RAMADHAN NANTI YE..DIDOAKAN SEMOGA SEMUA SAHABAT MENEMPUH RAMADHAN DENGAN CERIA DAN BERSEMANGAT...AHLAN WASAHALAH YA RAMADHAN ALKARIM....KAMI MERINDUIMU...

Ahad, 26 Julai 2009

MEETING DI TAMAN WARISAN PUTRAJAYA




Selepas reunion lepas ahlijawatankuasa ade buat meeting kat dataran putrajaya..banyak yang telah dibincangkan untuk kelab dan ahli kelab..masa tuh 2 orang ajk je tak dapat hadir....demi merealisasikan impian dan matlamat kelab...maaf ye ada gambar ajak tak dapat disiarkan...hehehe
Meeting kali ni kami berjumpa di Taman Warisan Putrajaya....emm...kali ni agak ramai juga AJK yang tidak dapat hadir dengan alasan yang boleh diterima...hehehe...takpe2...meeting tetap diteruskan dengan membincangkan aktiviti,penubuhan kelab yuran,logo kelab dll...semuanya ok dan projek terbaru adalah majlis berbuka puasa ramadhan ini...harap2 para sahabat akan hadir...

meeting ke makan tu....sambil berbincang makan le beb...erkkkk..alhamdulillah...

setiausaha yang amat berdedikasi dan bendahari yang sentiasa berfikir mana nak cari sponsor ni.....nak tambah dana...ehheheheh...makan makan juga otak berfikir sekali ni..mencari idea dan buah fikiran,,hheheh...cayok2...

ni lah AJK yang sangat2 memberi komitmen datang dari jauh..syukran epen demi kelab kita ko sanggup datang dari jauh..cayalah..emm lapo nampaknya pengerusi kita ni...ok tak pengerusi hari ni..semestinya ok..datang juga pengerusi walaupun kerja..lepas lerja terus je dtg berjumpa dengan ank2 buah...dan anak2 buah setia menanti dalam kekenyangan...heheheh...

perbincangan hampir selesai..perut pun dah kenyang..terima kasih kepada pengerusi,epen n ipin yang belanja kami...heheheh...sebagai penyeri ataupun bunga2 dalam AJK ni kami rasa beruntung sangat sebab setiap kali meeting ade yang belanja..semoga murah rezeki korang...hehehe...meeting habis dalam pukul 6.30 petang...harap incoming projek berjalan dengan lancar...walaupun ari ni amat la ramainya di Taman Warisan Pertaniaan ni sebab ada pesta makan buah tapi takpe..seronok gak tengok gelagat orang ramai2 ni..pelancong pun ada..lupa plak tadi kami berjumpa dengan ustaz sufian maidin..korang ingat tak...so kami suruh hamdi n epen pegi la tegur dan jupe ustaz sufian..masih seperti dulu juga kecil comel...anak2 murid je makin membesar..tak gitu epen...hehehe..jangan marah...apapun terima kasih kepada semua ahlijawantankuasa yang hadir pada setiap kali meeting...komitmen dan kerjasama korang amat kami hargai....apa motto kita..."BERSAMA SELAMANYA"...nantikan logo untuk kelab kita ye....luv uols...

Rabu, 15 Julai 2009

GURU OH GURU


NI GAMBAR TENAGA PENGAJAR KITA NI...GURU2 YANG TERCINTA..AKU AMIK DARI SENIOR KITE..HEHHE...RINDU NGAN MEREKA NI SEMUA....DIDOAKAN SEMOGA SEMUA GURU2 KAMI NI DIBERKATI OLEH ALLAH SWT DAN BERBAHAGIA WALAU DIMANA MEREKA BERADA...TERLALU BANYAK ILMU YANG DICURAHKAN SEHINGGA RAMAI ANAK MURIDMU YANG BERJAYA...LOVE U ALL MY TEACHERS...

Isnin, 13 Julai 2009

PASANGAN DEGIL

Assalammua'laikum wbt....

Apa kabar semua sahabat2 semua...kali ni aku nak share sesuatu yang bagi aku agak menarik la..disebabkan aku rasa kebanyakan dari sahabat2 dah berkeluarga so aku rasa nak share sedikit info yang boleh rasanya diamalkan...aku dapat tip-tip ni masa aku dengar semanis kurma yang dihostkan oleh Ustazah norbahyah dan suaminya ustaz wan nor akashah...topik malam tuh 'Pasangan Degil"...sedikit dari kata-katanya...
"sama ada suami atau isteri ada sifat degilnya.Tapi masing-masing ada waktunya perlu untuk mengalah daripada sifat degil itu demi sebuah keharmoniaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga..dan masing-masing boleh mencari jalan untuk berdamai..dan dalam mendidik pasangan pula mestilah berpandukan wahyu jangan ikut suka je...sebab sebagai muslim kita mestilah berpandukan al-quran dan sunnah....sebab kadang-kadang dengan sifat degil ni akan membawa keburukan..kerana masing-masing tetap dengan pendirian dan ego masing-masing..tak salah untuk mengalah demi sebuah kebaikan..dan kita mengalah bukan kerana kita kalah tapi itu menunjukkan kita adalah seorang yang berhemah tinggi dan seorang yang bertolak ansur..."...dalam topik ni pun ada la diberi beberapa tips sekiranya kita hendak memperbaiki keadaan dan membina suasana harmoni dalam rumahtangga..antaranya:
1. Sentiasa melihat kebaikan pasangan
2. Apabila melihat kebaikan pasangan puji dan hargai pasangan
3. Apabila ada amalan buruk muhasabah diri bersama pasangan

Ustazah bahyah juga ada bagi kombinasi doa dalam mengawal perasaan marah,degil dan melembutkan hati insan yang kita sayang..
kombinasi 4 doa:
1.mula-mula baca surah al-fatihah
2.Baca surah al-hasyr ayat 21
3.Baca surah taha ayat 1-5 (ayat ini pernah dibaca oleh saidian umar yang kita tahu sifat degilnya tetapi selepas beliau membaca doa ini hatinya menjadi lembut)
4.Doa nabi daud..dalam bahasa melayunya : "ya Allah lembutkanalah hati_______________(nama orang yang kita nak doakan)sepertimana Kau melembutkan besi Nabi Daud.

Ibu-ibu yang mengandung elok baca doa ini sambil dipegang perutnya..dan untuk anak-anak kita hembuskan ke ubun-ubunnya semasa sedang tidur...untuk suami atau isteri hembus ke tengkuknya semasa sedang tidur.....

aku harap dengan sedikit ilmu yang dikongsikan ni bleh diamalkan..dan jika korang ade tips2 lain yang hendak dikongsikan boleh lah komen atau emel je kat generasi6@gmail.com....sekian..wassalam...

Isnin, 6 Julai 2009

ASSALAMMUA'LAIKUM WBT....

SALAM.....
Apa kabar sahabat semua...diharapkan semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan ceria selalu....saya minta maaf sebab sejak kebelakangan ini amat sedikit waktu untuk diluangkan dalam blog ni..akibat dari kekangan masa dan kesibukan daripada tugas hakiki dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan..jadi blog pun dah lama tak update...maaf le sesangat ek...chatbox kite pun dah tak ramai pengunjung...mungkin masing2 sibuk..sedey juga bila tengok blog ni suram je...
Jadi para sahabat saya ingin meminta sedikit pertolongan...saya yakiin ramai dikalangan sahabat2 semua berbakat...jadi sesiapa yang ada idea,pendapat dan apa2 sahajalah boleh bagi tau saya akan saya masukkan dalam blog ni...contohnya sahabat2 ade artikel,pandangan hasil dari idea sndiri atau apa2 yang bermanfaat ke boleh beri kat saya ataupun emel ke
generasi6@gmail.com..... boleh yer sahabat2 ku yang tersayang...bersama2 kita membuat perubahan yer...sekian salam sayang dariku untuk sahabat2 semua.....

Rabu, 24 Jun 2009

KEDATANGAN REJAB DAN KELEBIHANNYA

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."


Sabda beliau lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Jumaat, 19 Jun 2009

HAHAHHAHAHA....Gelak sikit2 jerr

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaikibasikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan keduapula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jikasudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."Pesakit : "Huh

Khamis, 18 Jun 2009

BERSAHABATLAH SAMPAI KE SYURGA

Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya, dengan kebersamaan. Tapaki perguliran pagi, siang, petang dan malam, yang penuh liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling berpegangan tangan. Harus. Kita tak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnahnya dengan hanya mengandalkan kemampuan sendiri. Karena, kita diciptakan sebagai makhuk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya. “Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah.” (QS. An Nisa:28) Kebersamaan dan pertemanan di jalan Allah lah yang akan mengantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. Ibnu Katsir mengatakan, “seluruh pertemanan dan persahabatan yang tidak karena Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan”. Begitu juga pesan Rasulullah saw dalam haditsnya, yang menyebutkan bahwa kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai. Hati-hatilah menyusuri jalan kebersamaan dengan orang-orang shalih. Waspadalah untuk tidak melakukan penyimpangan, yang membuat kesenjangan diri kita dengan mereka. Salim Abi Ja’ad mengatakan bahwa Abu Darda pernah berkata, “Hendaklah seseorang berhati-hati bila ia dibenci oleh hati orang-orang beriman dari arah yang tidak ia sadari”. Kemudian sahabat Abu Darda bertanya, “Tahukah kalian apa yang dimaksud dengan kata-kata itu?” Salim mengatakan ia tidak mengerti. Abu Darda menjelaskan, “Yaitu seorang hamba bermaksiat kepada Allah dalam keadaan sendiri lalu Allah menghujamkan kemarahan-Nya dalam hati orang-orang beriman tanpa ia sadari”. (Al Hilya: 1/215). Kemarahan hati orang beriman, adalah kesengsaraan. Kebencian orang-orang beriman adalah pangkal kesempitan dan penderitaan. Karena merekalah sebenarnya yang dapat mengubah dunia dengan segala permasalahannya menjadi indah. Mulut-mulut merekalah yang menuangkan nasihat dan membicarakan kalimat demi kalimat yang dapat menentramkan hati. Lidah-lidah merekalah yang menyiram hati kita untuk senantiasa berada dalam keridhaan dan tidak terlalu jauh menyimpang dari ridha Allah SWT. Tangan-tangan merekalah yang menuntun kita. Telapak tangan merekalah yang tertengadah di malam sunyi dan gelap malam hingga memberi kekuatan iman dalam diri kita. Ingatlah sabda Rasulullah tentang doa seorang mukmin di tengah malam yang dijamin Allah SWT. Bersahabat dengan mereka, akan mendekatkan kita pada Allah. Dan ketaatan kita pada Allah, juga akan mendekatkan kita pada mereka. Ibnu Asakir meriwayatkan, Abu Darda menulis surat pada Maslamah bin Makhlad. “Seorang hamba jika ia telah berbuat kebajikan untuk taat kepada Allah, maka Allah mencintainya. Bila Allah telah mencintainya, Allah akan menjadikan makhluk cinta padanya. Dan bila ia bermaksiat pada Allah, maka Allah akan memarahinya. Bila ia telah dimarahi olehnya, maka Allah akan menjadikan seluruh makhluk benci padanya”.(Tarbawi)

Jumaat, 5 Jun 2009

WANTED2

Agak2 korang kenal tak jejaka-jejaka kat atas tuh...yg ketawa beria2 tuh...dak nakal dulu tuh..sekarang dah nk jadi bapa orang....apis@botekkkk....kat sebelah kanan dia faiz dan krir tuh rahman...hah korang yg dah lama tak tgk mesti banyak kan perubahan kt kawan2 kita tuh...ade yang membina badan dan perut...wawawawa....

hah ni la dia jejaka melayu terakhir,,,lapo sangat macam nak dimakan semua lauk2 yang ada...jaga nafsu makan apis oii....
amboi macam makan adab2 pula yer..terkenang la tu zaman2 dolu kala...kawan kita ni isteri dia dak junior kita sape nama tk hengat lah pula....gembiranya suami isteri tuh..makan2 juga anak mu mana...hehhe...



3 sahabat dari dlu sampai sekarang...amboi2 manisnya senyuman....jo,faizul n anep...anep dah jadi ustaz skrg..dulu ku ingat dia jadi cikgu bahasa inggeris...emmm...ok la tuh janji jadi pendidikkan....


korang rasa ade apa2 ke mereka berdua ni...hehheheh...ko fikir kla sendiri...ni la dia persaudaraan yang terjalin...tak silap masa ni anyok nak pengsan tapi digun selamatkan...heheh..betul ke....

ni la dia hans isaac waktu sekolah2 dulu....emm camtu juga la dia....ade ke sesape yang admire kat dia ni dulu..tak tahu la aku.....








Selasa, 2 Jun 2009

Perubahan Demi Perubahan

Ini aku tak pasti gambar form berapa...tak silap aku gambar form 3 kot....tak berapa nk terang...tapi rasanya nampak juga le gambar2 korang kan...emm comel2 belaka ni...ni dari koleksiku sendiri...aku harap sesape yang ade gambar tolong emelkan ke generasi6@gmail.com sebab aku ade projek ngan gambar2 dizaman persekolahan kita kat SAMSMEL ni...harap para sahabat dapat meberi kerjasama yer...syukran jazilan...

Hah ni kire dah zaman remaja muda belia...heheh...kire dah meningkat dewasa la...tak silap aku ni time raya...memang kami selalu buat beraya beramai-ramai...seronok tau dah besor pegi raya dapat duit raya sebab masih anak dara masa tuh...actuallly ade juga kengkawan teruna ni tapi aku tak pasti mana aku letakkan gambarnya....emm rindunya saat2 bersama sahabat semua...manis2 semuanya....

Emmm....inilah perubahan paling besar bila semuanya sudah berkahwin dan beranak pinak..nak ambil gambar pun tak leh le sendiri2 sebab semua askar-askar nak join sama...emm tak semua ada dalam gambar ni...ni gambar semasa reunion walaupun tak semua yang hadir tapi still the best coz masih dapat jumpa kengkawan yang lain...happening and happy sangat...harap-harap familyday yang akan datang ni ramai yang nak join....time ni macam ni la nak merapatkan ukhuwahfillah...my frens i love uols...

Ahad, 31 Mei 2009

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga perkara yaitu;
1. Keluarga
2.. Hartanya
3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad .....
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan .....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'
Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'
Ketika MayatDiusung. ..... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'
Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
-Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan...
-Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
-Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
-Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... . Kini Kau Tinggal Seorang Diri Tiada Teman Dan Tiada Kerabat Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku hari Ini,....Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'. Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-ku'

Rabu, 27 Mei 2009

KERANA SEHELAI BULU MATA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Dia dituduh bersalah kerana mensia2kan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit & bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja." Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...." Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang," Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium" Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu". Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap". Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas" Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Nah kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata" "Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dlakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sbg saksi bhw dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."
PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL..... WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT... ..aku insan yang hina... tak sepi dr melakukan salah dan silap... moga taubat ku diterima NYA..... amin...

Jumaat, 22 Mei 2009

AL-IKHLAS

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Khamis, 21 Mei 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq.

Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang ilmu ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Ini juga untuk peringatan dirku dan juga sahabat2 yang lain......

Rabu, 20 Mei 2009

Terimalah Daku Seadanya

Kengkawan jom kiter renungkan citer nie sama-sama ... Begini ceritanya .. Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh meriah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Sayang, aku baru membaca sebuah artikel dlm majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia... .." Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing- masing. Besok pagi ketika sarapan, mereka sedia membicangkannya. "Aku akan mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir... .. "Kenapa bang, nak saya berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskanlah ... " jawab suaminya. Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara perlahan suaminya berkata "Aku tidak mencatat sesuatu pun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tidak satupun dari peribadimu yang kudapati kurang... . " Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya apa adanya... Ia menunduk dan menangis... .. Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, depressi, dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal- hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kegembiraan dan pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima di sekeliling kita ? Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.

"Moral of the story terimalah pasanganmu seadanya sesungguhnya tiada yang sempurna hidup didunia ini...kelemahan kita ditutupi kelebihan pasangan kita...so cari2 lah pasangan hidup betul2 oh kawan bahagia abadi rumahtangga aman harmoni...."

Isnin, 18 Mei 2009

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang Mengajarnya meskipun dia sudah mati.


PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3.. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka. SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... 'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .. Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainy a. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! ! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam....... Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.' *

Sabtu, 16 Mei 2009

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

Selamat hari guru untuk sahabat2 ku yang menjadi pendidik, guru2 ku yang tersayang yang mencurahkan ilmu untuk kami dan semua mereka yang bergelar pendidik....."Guru Pembina Negara Bangsa"

KEHIDUPAN DAN KEMATIAN

"Bila izrail datang memanggil jasad terbujur dipembaringan,seluruh tubuh akan menggigil sekujur badan nan kedinginan".......emm ni laah antara lirik nasyid waktu sekolah2 dulu selalu kita dengar sampai sekarang ni...setiap hari kita akan mendengar berita kematian samada insan2 yang meninggalkan kita itu adalah orang yang kita sayang ataupun kita tak pernah tahu siapakan insan itu...yang pasti setiap yang hidup di dunia ni akan menemui saat kematian...cuma kite tidak tahu bilakah saat itu akan tiba....dan bila saat itu tiba ianya tidak akan terlewat atau cepat walaupun sesaat....dan itulah janji Allah pada HambaNya....dan tanggungjawab kita sebagai hambaNya memastikan amalan kita di dunia ini menjadi bekalan di akhirat kelak...kenapa aku membangkitkan mengenai hal hidup n mati ini...aku mendapat message daripada Rohayu Gatni yg bapa mertuanya meninggal dunia pagi tadi...takziah untuk ayu...dan beberapa hari lepas pula saudaraku meninggal...innalillahiwainnailahirraiji'un.....jadi aku mula terfikir dapatkah aku menghadapi saat2 kematian org2 yg aku sayangi...ataupun adakah aku sudah bersedia untuk menghadapi saat2 kematianku sendiri....emm...aku mula muhasabah diri...cukup sudahkah amalanku didunia ini...bersediakah aku untuk menghadapi munkar dan nankir dan dapatkah aku menjawab segala soalan2 nanti....emm tegak bulu romaku bila memikirkan itu semua....sebenarnya bila kite berhadapan dengan kematian orang lain hendaklah kita mengambil iktibar darinya...bukan ratap tangis yang tidak berpenghujung....sedekahkan al-fatihah dan ayat2 suci al-quran itu lebih baik daripada kita meratapi kematian.....sahabat2 semua diharapkan kita akan menjadi hambaNya yang soleh dan solehah...dengan ilmu yang kita ada semestinya kita amalkan...jangan lah jadi pokok yang tidak berbuah....ini peringatan untuk diriku dan juga sahabat2 yang aku sayangi...dan yang paling penting sahabat-sahabat semua INGAT LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA..
1. Sihat sebelum Sakit
2. Muda sebelum Tua
3. Kaya sebelum Miskin
4. Lapang sebelum Sempit
5. Hidup sebelum Mati

Al-Fatihah untuk sahabat kami yang telah kembali ke rahmatullah,ibubapa kami,guru2 kami dan saudara seislam kami...semoga mereka ditempatkan bersama2 dgn org2 yg beriman dan soleh.....amiiinnn...